Komuniti Juruteknik Komputer Malaysia

Siapa di Talian

Tiada pengguna di talian

Pautan Komuniti JTK

Komuniti Juruteknik Komputer Negeri Kedah | FT17
Komuniti Juruteknik Komputer Negeri Kedah

Komuniti Juruteknik Komputer Negeri Perak

Click here to join juruteknik_n9
Click to join juruteknik_n9


Komuniti Juruteknik Komputer FT17 Negeri Johor
Komuniti Juruteknik Komputer Negeri Johor

Pautan GOV

Jabatan Perkhidmatan Awam
Jabatan Perkhidmatan Awam

Portal Rasmi Kementerian Pelajaran Malaysia
Portal Rasmi Kementerian Pelajaran Malaysia

gov.my
Portal Rasmi Kerajaan Malaysia

Pungutan Suara

Beri Pandangan Anda tentang website ini
 
Pilihan Baju KJKM.org
 

AMARAN SERANGAN VIRUS Worm_downad.AD

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera, Tuan/Puan, Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk. Untuk makluman, sejenis virus komputer Worm_downad.AD sedang merebak dan menyerang Server/PC/Notebook pengguna di beberapa kementerian dan agensi lain. KPM tidak terkecuali dari bahaya serangan...

Jom Kita Jayakan Kit Ubuntu 8.10!

Hehe...adakah anda tertanya-tanya apakah motif mesej iklan ini...sebenarnya kami di Jom Linux sedang mencapai sasaran akhir iaitu menerima pra-tempahan bagi merealisasikan projek kit ubuntu ini. Sasaran Mencapai 150 Unit Tempahan Awal! Bantu kami realisasikan produk ini dengan membuat tempahan ...

Ucapan Untuk Semua Teman

     Sesiapa yang menghidupkan dua malam dan Aidiladha (dengan ibadah) maka hatinya tidak akan mati pada hari dimana hati-hati manusia akan mati (iaitu leka dan mengingati Allah)

Forum baru kjkm

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,disini pihak pengurusan kjkm.org ingin mengumumkan bahawa satu forum baru telah dibina di http://www.forum.kjkm.org , Di forum baru ini, anda semua dikehendaki mendaftar semula, ini adalah disebabkan forum ini menggunakan format dan database yang berlainan darip...

AMARAN SERANGAN VIRUS Worm_downad.AD Cetak Emel
Ditulis oleh Webmaster KJKM.ORG   
Thursday, 05 February 2009

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Tuan/Puan,

Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.

Untuk makluman, sejenis virus komputer Worm_downad.AD sedang merebak dan menyerang Server/PC/Notebook pengguna di beberapa kementerian dan agensi lain. KPM tidak terkecuali dari bahaya serangan virus tersebut. Serangan virus ini akan mengakibatkan simptom-simptom seperti berikut :-

  • Pengguna gagal log masuk komputer kerana ia dihalang (Windows Credential)
  • Port traffic 445 begitu tinggi dan akses rangkaian yang menjadi sangat perlahan
  • Capaian kepada website keselamatan gagal ( seperti Trendmicro.com, Microsoft.com, dsb) 

Ciri-ciri komputer yang berisiko tinggi dijangkiti virus tersebut adalah :

  • Server/PC/Notebook yang tiada kata laluan ( no password )
  • Katalaluan yang lemah; mudah diteka (spt : password, password123, p@ssword)
  • Tidak melakukan patches terkini dari Microsoft ( khususnya ms08-067.mspx – Windows Server 2003 dan Windows XP ) This patch is available through Windows Update
  • Dan pattern antivirus tidak terkini / lesen antivirus tamat tempoh

Sekiranya Server/PC/Notebook tuan/puan memenuhi kriteria atau mana-mana item no (2).

Sila dapatkan nasihat dan bantuan dari pegawai IT/teknikal/juruteknik komputer bagi mengatasi masalah tersebut. Tuan/puan juga boleh melakukan sendiri langkah-langkah seperti berikut sebagai tindakan awalan iaitu :-
  • Pastikan anda memasuki Server/PC/Notebook dengan katalaluan
  •  Tukar katalaluan sebolehnya mengandungi kombinasi alphanumeric ( cth : qwERT&*()_2008 atau bpk2011!@#_KPM atau shaRIL12_12 )
  • Run kan file patches dari Microsoft ( ms08-067.mspx boleh juga diperolehi di  http://www.microsoft.com/technet/security/bulletin/MS08-067.mspx ) :
 
 Jika anda pengguna Windows XP ( 3 File terlibat )
  • Download Folder ( \\10.22.70.12\antivirus\Patches - Microsoft\WinXP )
  • Masukkan akaun dan password KPMDOM anda.
  • File yang perlu anda execute (WindowsXP-KB958644-x86-ENU.exe, WindowsXP-KB958644-x86-ENU.exe dan WindowsXP-KB958644-x86-ENU.exe )
  • Download Folder ( \\10.22.70.12\antivirus\Autorun Removal )
  • File yang perlu anda perlu execute (remove_autorun.exe, dan tsc.exe) 

 

Juga boleh diperolehi di

http://10.22.38.21/download/Antivirus/1.Antivirus%20Trend%20Micro%20KPM/Microsoft%20Patches/

 

Jika anda pengguna Windows Server 2003 ( 2 File terlibat )

  • Download Folder ( \\10.22.70.12\antivirus\Patches - Microsoft\Server 2003 )
  • Masukkan akaun dan password KPMDOM anda.
  • File yang perlu anda perlu execute ( WindowsServer2003-KB957095-x86-ENU.exe, dan WindowsServer2003-KB958644-x86-ENU.exe)
  • Download Folder ( \\10.22.70.12\antivirus\Autorun Removal )
  • File yang perlu anda perlu execute (remove_autorun.exe, dan tsc.exe)


Juga boleh diperolehi di http://10.22.38.21/download/Antivirus/1.Antivirus%20Trend%20Micro%20KPM/Microsoft%20Patches/

Jika anda pengguna Operating System yang lain. Sila buka url berikut http://www.microsoft.com/technet/security/bulletin/MS08-067.mspx:

Tuan/puan oleh menyemak samada Server/PC/Notebook anda telah di patch ( ms08-067.mspx ), sila download va_test.zip (see link below) – and run test_patch.exe

ftp://ftpuser: \n Alamat emel ini telah dilindungi dari spam bots, anda perlukan benarkan Javascript untuk melihatnya Alamat emel ini telah dilindungi dari spam bots, anda perlukan benarkan Javascript untuk melihatnya /_asiasupport/Malware/WORM_DOWNAD/va_test.zip

Jika tuan/puan pengguna antivirus Trend Micro, lakukan juga Update secara manual dengan langkah berikut :

·        Klik kanan tetikus pada icon antivirus Trend Micro di taskbar

·        Pilih Update Now.

         

·        Pastikan kerja update ini complete/berjaya

·        Kemudian pastikan item-item tersebut adalah yang terkini ( sama seperti di gambar di bawah ) . Klik kanan tetikus pada Icon antivirus Trend Micro di taskbar, kemudian pilih Component Version. Sekira ia tidak menyamai, sila dapatkan bantuan dari pegawai IT/teknikal/juruteknik komputer.

  

·        Restart Server/PC/Notebook

·        Lakukan Manual Scan hingga selesai.

Oleh demikian, semua pihak diharap mengambil tindakan sewajarnya dalam menghindar Server/PC/Notebook di KPM menerima kesan serangan virus tersebut. Tuan/puan adalah dinasihatkan untuk memohon bantuan pegawai penyelaras IT/teknikal/juruteknik komputer di organisasi masing-masing dalam hal tersebut.

p/s : Kepada semua Penyelaras ICT KPM di bahagian/JPN/PPD/PPG. Sila sebarkan emel makluman ini kepada semua pihak berkaitan

Sekian, dimaklumkan.

PEGAWAI KESELAMATAN ICT, BTMK

Terakhir dikemaskini ( Thursday, 05 February 2009 )
 
Jom Kita Jayakan Kit Ubuntu 8.10! Cetak Emel
Ditulis oleh Webmaster KJKM.ORG   
Friday, 02 January 2009

Hehe...adakah anda tertanya-tanya apakah motif mesej iklan ini...sebenarnya kami di Jom Linux sedang mencapai sasaran akhir iaitu menerima pra-tempahan bagi merealisasikan projek kit ubuntu ini.

Sasaran Mencapai 150 Unit Tempahan Awal!

Bantu kami realisasikan produk ini dengan membuat tempahan awal (dari 30hb Dis -12hb Jan) melalui salah satu cara di bawah :

#1 - Tempah 'Kit CD Ubuntu 8.10' dengan harga RM 13.99 ; atau

#2 -Jadi Penaja dengan sumbangan serendah RM 20 + 'Kit CD Ubuntu 8.10' PERCUMA!'

Soalan Lazim

1. Adakah yang menjadi penaja dikira membuat tempahan awal?

Ye, penaja diberikan keistimewaan meletakkan logo atau link (bergantung jenis tajaan) di samping diberikan kit CD ini percuma. Apabila satu unit tajaan ditempah. Maka satu unit tempahan awal dikira.

2. Apakah maksud sasaran 150 tempahan awal itu?

Maksudnya jumlah keseluruhan dari cara #1 dan #2 mendapat tempahan 150 unit dan ke atas.

3. Berapa lama tempoh untuk terima tempahan awal?

Selama 14 hari (dari 30hb Disember 2008 -12 Januari 2009) atau sehingga mencapai sasaran (yang mana satu lebih awal).

4. Bagaimana jika tempahan awal tidak dicapai?

Jika ia tak mencapai maka projek ini akan ditangguhkan atau dibatalkan. Semua wang penempah dan penaja akan dipulangkan. Jadi penempah awal tiada risiko kehilangan wang.

5. Adakah kos lain?

Tiada. Penghantaran adalah percuma!

6. Bagaimana jika saya mempunyai soalan lain?

Sila tinggalkan di ruang komen.

7. Apakah tajaan yang masih ada?

Jenis RuangBaki
Premium Penaja Bersama 4habis
Premium Kulit Belakang 16 15
Link 30 29

8. Apa yang terdapat pada 'Kit CD Ubuntu 8.10' ini?

  • CD Case + CD
  • Buku Manual
  • Pelekat Ubuntu

Jika anda berminat sila klik salah satu link di bawah.

Untuk keterangan yang lebih lanjut anda boleh baca di jomlinux

Untuk Menjadi Penaja
Untuk Menempah Kit CD
Klik Sini
Klik Sini
Terakhir dikemaskini ( Friday, 02 January 2009 )
 
Ucapan Untuk Semua Teman Cetak Emel
Ditulis oleh Webmaster KJKM.ORG   
Monday, 08 December 2008

 

Selamat Hari Raya Qurban

 

 Sesiapa yang menghidupkan dua malam dan Aidiladha (dengan ibadah) maka hatinya tidak akan mati pada hari dimana hati-hati manusia akan mati (iaitu leka dan mengingati Allah)

Terakhir dikemaskini ( Monday, 08 December 2008 )
 
<< Mula < Sebelum 1 2 3 Selepas > Akhir >>

Keputusan 1 - 4 dari 9

Ahli Baru

shamkv offline 27/01/2009
iejatech offline 21/01/2009
zali offline 21/01/2009
yatie_87 offline 21/01/2009
karlin offline 21/01/2009
escobar offline 20/01/2009
kriss1030 offline 20/01/2009
boy85 offline 19/01/2009
RocketTheme Joomla Templates