Wednesday, 18 July 2012

Alfatihah buat Rakan JTK di Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negeri Sembilan

alfatihah buat rakan jtk JKKP N.Sembilan (Mohd Azrul Abd Rahman) yg telah meninggal dunia dalam 1 kemalangan jalan raya semalam..semoga rohnya dicucuri rahmat.. amin-~
SEREMBAN: “Sebaik tiba di tempat kejadian, saya cukup sayu apabila melihat abang dalam keadaan menyedihkan dengan mayatnya tersepit di pintu tempat duduk penumpang bahagian hadapan.”

Demikian keluh Mohd Afendi Baharuddin, 23, mengimbas pengalaman ketika tiba di lokasi kemalangan jalan raya yang mengorbankan tiga nyawa termasuk abangnya, Muhamad Nazri, 27, di Batu 4, Jalan Seremban-Jelebu, di sini, malam kelmarin.

Dua lagi mangsa kemalangan pada jam 11.10 malam itu ialah Mohd Azrul Abd Rahman, 31, dan Mohd Shahrizal Ngah, 31.

Ketiga-tiganya adalah kakitangan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Negeri Sembilan dan ketika kejadian, mereka dalam perjalanan dari arah Jelebu menuju ke Seremban dipercayai untuk makan malam menaiki Proton Wira dipandu Mohd Shahrizal.

Mohd Afendi berkata, dia diberitahu mengenai kemalangan membabitkan abangnya selepas menerima panggilan daripada ayah ketika sedang makan malam bersama sepupunya di Seremban 2.

Sumber : Harian Metro

No comments:

Post a Comment