Tuesday, 24 July 2012

Ibu Menggodam Sistem Sekolah

Catherine Venusto

Bila bercakap tentang ibu, semua orang terbayangkan seorang wanita yang lemah lembut, penyayang dan tak kurang juga dibayangkan seorang yang  tidak gemarkan elektronik atau komputer. Tapi tidak bagi seorang ibu dari Pennsylvania yang terpaksa berdepan dengan 6 tuduhan feloni yang didakwa mengubah gred anak-anaknya dan membaca email pegawai sekolah.

Catherine Venusto, 45, menggodam sistem komputer sekolah Northwestern Lehigh School District dan mengubah markah kedua-dua anaknya. Beliau yang bekerja sebagai setiausaha pentadbiran dituduh menukar gred anak perempuannya dari pada F kepada M "medical" pada Jun 2010 dan markah anak lelakinya daripada 98 kepada 99 pada Febuari 2012 setelah hampir setahun beliau berhenti bekerja.

Beliau menggodam 3 sistem berlainan didalam sekolah tersbut termasuk menceroboh 10 email user. Pihak polis turut mengesan beliau telah mengakses sebanyak 110 kali ke dalam sistem pemarkahan sekolah tersebut.

Pihak mahkamah menetapkan bayaran jaminan sebanyak USD$30,000.00 ketika perbicaraan kali pertama pada 26 Julai 2012. Jika beliau disabitkan kesalahan tersebut, beliau mungkin akan dipenjara maksimum 42 tahun atau denda sebanyak USD$ 90,000.00 dimana setiap kesalahan bersamaan dengan 7 tahun penjara atau denda USD$ 15,000.00

Rujukan: ABC News

1 comment:

  1. You could definitely see your expertise in the work you write. The arena hopes for more passionate writers like you who aren't afraid to say how they believe. Always follow your heart.

    ReplyDelete