Tuesday, 3 July 2012

JEMPUTAN KE SEMINAR REGIONAL DAN KLINIK PRODUK OSCC PROGRAM OPEN SOURCE SOFTWARE (OSS) SEKTOR AWAM FASA III

JEMPUTAN KE SEMINAR REGIONAL DAN KLINIK PRODUK OSCC PROGRAM OPEN SOURCE SOFTWARE (OSS) SEKTOR AWAM FASA III – SELF RELIANCE ZON PANTAI TIMUR

Adalah dengan hormatnya saya menarik perhatian YBhg. Datuk/Dato'/YBrs. Dr./Tuan/Puan kepada perkara di atas.

2. Adalah dimaklumkan bahawa Pelan Induk OSS Sektor Awam Fasa III – Self Reliance telah dilancarkan pada 29 November 2011 bersempena dengan Persidangan CIO dan MyGOSSCON 2011. Satu Seminar Regional dan Klinik Produk OSCC akan diadakan bagi memberi pendedahan yang lebih mendalam tentang Program OSS Sektor Awam Fasa III - Self Reliance kepada Agensi-agensi Sektor Awam khususnya bagi Zon Pantai Timur (iaitu Terengganu, Pahang dan Kelantan). Butiran Seminar dan Klinik Produk adalah seperti berikut:

Seminar Regional & Klinik Produk OSCC Zon Pantai Timur
Tarikh : 11 & 12 Julai 2012 (Rabu dan Khamis)
Masa : 8.30 pagi hingga 5.30 petang
Tempat : Dewan Berlian, Permai Hotel Kuala Terengganu, Jalan Sultan Mahmud, 20400 Kuala Terengganu, Terengganu.

3. Seminar dan Klinik ini diadakan bagi mencapai objektif berikut:

a) Menerangkan objektif dan strategi Program OSS Sektor Awam Fasa III - Self Reliance kepada Agensi dan kumpulan sasaran;
b) Menerangkan polisi dan garis panduan pelaksanaan Program OSS Sektor Awam Fasa III - Self Reliance;
c) Mempromosi produk dan perkhidmatan OSCC;
d) Mengiktiraf kejayaan dan menggalakkan pelaksanaan OSS; dan
e) Menggalakkan perkongsian dan kolaborasi dalam pelaksanaan dan pembangunan OSS.

4. Sehubungan dengan itu, YBhg. Datuk/Dato'/YBrs. Dr./Tuan/Puan adalah dijemput menghadiri Seminar dan Klinik dan/atau menghantar seorang wakil sekiranya tidak dapat menghadiri. Kerjasama juga dipohon bagi mengisi dan mengembalikan Borang Jawapan Kehadiran seperti di LAMPIRAN A selewat-lewatnya pada 5 Julai 2012 (Khamis) sebelum jam 12:00 tengahari.

5. Sebarang pertanyaan mengenai program ini, YBhg. Datuk/Dato'/YBrs. Dr./Tuan/Puan boleh menghubungi pegawai-pegawai berikut:

Puan Isnormaria Ishak
emel : [email protected]
No. Telefon : 03-8872 5112 / 012-328 3729

Cik Siti Asiah Salihudin
emel : [email protected]
No. Telefon : 019-253 1872.

Puan Mazliah binti Jamaluddin
emel : [email protected]
No Telefon : 017 6419931

6. Kerjasama daripada pihak YBhg. Datuk/Dato'/YBrs. Dr./Tuan/Puan bagi menjayakan program ini, saya dahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

“BERSAMA MELAKSANA TRANSFORMASI”

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

No comments:

Post a Comment