Friday, 20 July 2012

[PANDUAN] 7 sebab terjadinya ralat Windows Blue Screen

Paparan biru dengan mesej ralat windows atau lebih dikenali sebagai “blue screen of death” (BSoD) merupakan perkara yang tidak mahu dilalui oleh setiap pengguna perisian sistem operasi Microsoft Windows kerana ia menjadi petanda sistem operasi anda kini mempunyai masalah yang perlu diperbaiki sekadar segera. Jika dibiarkan, mesej ralat blue screen ini akan muncul semula. Berikut adalah diantara 7 sebab terjadinya blue screen windows:

1. Perisian “driver” peralatan (hardware) yang tidak serasi / disokong oleh versi Windows.

Cara perbaiki: uninstall semula driver tersebut melalui “safe-mode”.

Cara atasi: pastikan peralatan menyokong versi windows yang digunakan.

2. Kerosakan peralatan (hardware) tertentu seperti hard disk, memory (ram), dan lain-lain peralatan yang disambungkan ke PC. Biasanya terjadi kerosakan RAM dan hard disk merupakan dua alat yang kerap kali menyebabkan blue screen.

Cara perbaiki: tukar komponen tersebut.

3. Kepanasan komponen hardware tertentu yang melebihi ketahanan peralatan tersebut seperti RAM, processor dan hard disk.

Cara perbaiki: Bersihkan ruangan CPU dan buang semua habuk yang menghalang.

Cara atasi: Install applikasi [ 5 ] CPUID HWmonitor bagi mengesan suhu peralatan komputer anda. Periksa suhu melalui aplikasi tersebut. Biasanya CPU dalam keadaan suhu bilik tidak akan melebihi paras abnormal iaitu 80 selsius (C) manakala hard disk tidak melebihi 70 selsius (C). Pastikan tiada habuk yang melekat di heat sink pemproses (processor).

4. Gangguan sistem fail atau “enviroment” Windows oleh virus

Untuk panduan selanjutnya sila daftarkan diri anda di Forum Komuniti Juruteknik Komputer Malaysia

Terima Kasih kepada Tuan Data Code ID FB : Data Code

No comments:

Post a Comment