Thursday, 5 July 2012

Penambahbaikan Skim Perkhidmatan Teknologi Maklumat Sektor Awam

Saudara dan Saudari Warga Kerja Perkhidmatan Teknologi Maklumat yang saya hormati,

Assalammualaikum, Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia

Seperti yang kita sedia maklum, pihak Kerajaan melalui Suruhanjaya Khas Mengkaji Transformasi Perkhidmatan Awam (SKMTPA) sedang mengkaji semula perkhidmatan awam ke arah menambahbaik kualiti perkhidmatan awam melalui penyampaian perkhidmatan berkesan kepada rakyat.

Sehubungan dengan itu PERJASA, PESIMA dan Wakil Juruteknik Komputer ingin bersama-sama dengan Kerajaan dalam merealisasikan hasrat ini. Ketiga-tiga entiti ini bergabung sebagai 1 suara mewakili Perkhidmatan Teknologi Maklumat dalam usaha mengumpulkan, memperincikan dan merumuskan cadangan–cadangan penambahbaikan demi meningkatkan mutu perkhidmatan teknologi maklumat dan kesejahteraan pegawai di dalam skim ini.

Antara cadangan yang akan dikemukakan ialah Pewujudan Jabatan Teknologi Maklumat Negara (ICTN) dengan Ketua Perkhidmatan sendiri. Bagi mengukuhkan tuntutan bagi cadangan ini, kami ingin menjemput YBhg Dato’/Dr./Tuan/Puan untuk menjawab dua (2) soal selidik iaitu Pewujudan Jabatan Teknologi Maklumat Negara dan Cadangan Penambahbaikan Skim Perkhidmatan Teknologi Maklumat yang dijadualkan seperti di seperti berikut :

Soal – selidik 1:

Pewujudan Jabatan Teknologi Maklumat Negara (8 soalan)

Pautan : http://bit.ly/surveyICTN
Tarikh : 6 Julai 2012 (Jumaat) – 12 Julai 2012 (Khamis)
*Kami amat berbesar hati sekiranya ia dapat dijawab sebelum 10 Julai 2012 kerana satu perjumpaan bersama Pemangku KPPA akan diadakan pada tarikh tersebut.


 Soal – selidik 2:

Cadangan Penambahbaikan Skim Perkhidmatan Teknologi Maklumat Sektor Awam (17 soalan)

Pautan: http://bit.ly/penambahbaikanskimf
Tarikh : 13 Julai 2012 (Jumaat) – 27 Julai 2012 (Jumaat)

Kerjasama YBhg Dato’/Dr./Tuan/Puan amat kami hargai dan kami dahului dengan ucapan terima kasih.

 

 

AZLINA AZMAN                                                   SAZALI SAJAT                                    KHAIRUL ZAMEER ABIDIN

Presiden PERJASA                                   Presiden PESIMA                                                 Wakil JTK

 

Muat turun surat makluman disini : http://bit.ly/SuratMakluman

2 comments: