Thursday, 2 August 2012

Mac OS X Mountain Lion (10.8) Dilancarkan

Mac OS X Mountain Lion (10.8) Dilancarkan

Pelancaran Mac OS X pada 25 Julai 2012 yang lalu telah mencecah 3 juta download selama 3 hari, versi terbaru sistem operasi Apple itu boleh di download secara digital terus daripada laman Mac App Store pada kos $19.99 Dolar Amerika, jika anda pengguna Mac (komputer desktop Mac, MacBook) sila semak keperluan spesifikasi dan hardware compatibility peranti anda di laman ini sama ada sesuai untuk Mountain Lion atau tidak sebelum bertindak memuat turun. Apa yang baru? sebanyak 200 pembaharuan dalam fungsi sistem diketengahkan pada versi terbaru ini, integrasi lebih lancar dengan peranti iOS dan iCloud juga terdapat di sini, maka adalah ngam kiranya anda download Mac OS X Mountain Lion dari bergantung pada sistem yang ada sekarang. iMessages, Notes, Reminders juga telah diperkenalkan dalam OS X Mountain Lion, selain tu turut ada Notification Center, Dictation (menukar suara kepada teks yang ditaip) dan butang Share untuk mengongsikan maklumat ke laman sosial dengan pantas.

Mac OS X Mountain Lion (10.8)

Zulkifli Mohamed (putera)
Editor

No comments:

Post a Comment