Monday, 10 September 2012

PENCALONAN ANUGERAH MALAYSIAN GOVERNMENT OPEN SOURCE SOFTWARE (OSS)

PELAWAAN PENCALONAN ANUGERAH MALAYSIAN GOVERNMENT OPEN SOURCE SOFTWARE (MyGOSS) DAN PERTANDINGAN KANDUNGAN MULTIMEDIA KREATIF BAGI TAHUN 2012

Semua agensi kerajaan adalah dipelawa untuk menyertai Anugerah Malaysian Government Open Source Software (MyGOSS) dan Pertandingan Kandungan Multimedia Kreatif bagi tahun 2012. Anugerah MyGOSS merupakan suatu pengiktirafan tahunan khusus kepada agensi/organisasi yang telah menunjukkan kecemerlangan dalam penggunan dan pelaksanaan perisian sumber terbuka. Tarikh tutup permohonan adalah pada 28 September 2012.

Manakala Pertandingan Kreatif Multimedia pula terbuka kepada semua murid-murid sekolah menengah , pelajar-pelajar kolej matrikulasi dan guru-guru pelatih di IPG Malaysia. Ia bertujuan untuk memperlihatkan bagaimana OSS boleh menjadi platform untuk penerbitan multimedia kreatif dan bukan sekadar menceriakan komuniti ahli teknologi. Tarikh tutup permohonan adalah pada 7 Oktober 2012.

Panduan permohonan Anugerah MyGOSS dan Pertandingan Kandungan Kreatif Multimedia boleh diperolehi di laman web Open Source Competency Center (OSCC), MAMPU di  http://mygosscon.oscc.org.my/2012. Pemenang dan finalis akan dianugerahkan hadiah berupa wang tunai dan sijil yang akan diserahkan semasa Majlis Perasmian Persidangan MyGOSSCON 2012 pada 30 Oktober 2012 di Hotel Marriot Putrajaya.

Borang dan laporan permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar kepada Urusetia Anugerah MyGOSS 2012 sebelum tarikh tutup. Untuk sebarangpertanyaan atau keterangan lanjut, sila berhubung dengan Urusetia Anugerah MyGOSS dan Pertandingan Kandungan Kreatif Multimedia 2012 di 03-88725165/03-83182285  atau menghantar emel ke mygosscon2012@oscc.org.my.

No comments:

Post a Comment