Monday, 10 September 2012

PENCTAS KESAL DENGAN PERBUATAN MENGGODAM LAMAN-LAMAN WEB KERAJAAN



Persatuan Juruteknik Komputer Pulau Pinang (PENCTAS) mengutuk sekeras-kerasnya tindakan segelintir penggodam yang menggodam laman - laman web kerajaan.
PENCTAS menganggap perbuatan ini satu yang menyalahi tatacara penggunaan internet yang beretika , melanggar hak privacy/keselamatan kerana menyebabkan kerosakan ke atas laman web tersebut sekaligus membantutkan pengoperasian dan aplikasi di laman web tersebut.. Lebih menyedihkan, aktiviti ini bukan sahaja dilakukan oleh penggodam negara luar, tetapi ia sudah bertapak di negara ini. Jika perkara ini tidak di bendung dari awal, ianya akan berleluasa.PENCTAS merasa kesal dengan apa yang terjadi dan menasihati agar ahli-ahli  tidak melibatkan diri dalam aktiviti seumpama ini.
PENCTAS juga bersetuju  jika tindakan yang setimpal di kenakan oleh pihak berwajib apabila tertangkapnya penggodam-penggodam tersebut. Ini dapat menjadi teladan dan pengajaran kepada yang lain.Justeru, PENCTAS mengharap penguatkuasaan dan hukuman yang lebih ketat di kenakan kepada penggodam yang telah memberi implikasi buruk kepada perjalanan pengurusan maya kerajaan dan sekiranya ia  tidak di bendung dari sekarang PENCTAS bimbang perlakuan penggodam-penggodam ini akan semakin berani.

Akhir sekali PENCTAS sangat berharap agar masyarakat melatih diri dengan cara penggunaan internet yg baik dan di bekalkan dengan cara penggunaan demi keselamatan dan kemudahan semua pengguna. Pengunaaan ICT hari ini telah menjadi sebahagian daripada hidup dalam perhubungan seharian, jadi sama-samalah kita menggunakannya secara bijak dan berhemah.


~ICT Pemangkin Generasi Bestari~



3 comments:

  1. Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia.

    Ada banyak faktor yang boleh diambil kira setelah apa yang berlaku dengan berleluasanya penggodam-penggodam di luar sana.

    Faktor pertama adalah 'SEKURITI', Aku bersetuju dengan PENGGODAM YANG BERETIKA (Etical Hacker) sebabnya mereka nak bagitahu yang laman web tu ada hole. So, mudah untuk dipecah masuk dan supaya GROUP management website tu supaya sentiasa berjaga2 dan sentiasa alert dan update patches2 kat server. Kebanyakan sekarang kan laman web government byk guna 'OPEN SOURCES', contohnya Joomla.. architecture Joomla dah tentu-tentunya terbuka dan org semua tahu. So mudahla nak hack..

    Keburukannya plak, penggodam ni harapnya jgnla jadi "cracker" curi data dan sebagainya.. sekadar alertkan management website supaya lebih berjaga2 itu sudah memadai...

    Keduanya, cuba ubah penggunaan password yang biasa orang guna.. ini kebanyakannya gunakan password default dalam erti kata lain.. kalau vendor dah set abc123, kita pun follow je.. kene sentiasa update password dan sebagainya la..

    Itu antara pendapat akula..

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum,
    Skrg maklumat ade dimana2 --teknik dan tools byk di internet juga....
    Guna opensource ok cuma hardening mesti dilakukan serta strategy security yg melibatkan 3 items ini
    -People Process Product
    People mindset kena tahap pemikiran yg tinggi...system admin & boss..
    -if mahir hardening application & database teruskan tetapi terapkan Network Application Firewall dgn Melaksanakan Teknik2 Hybrid Positive Security Model -->Negative Security Model
    -Memahirkan teknik disinfomation honeynet utk tujuan attacker profiles,mislead,missdirection.attacker profiling
    -Process-sentiasa buat pen test web site sendiri dahulu utk tujuan pembaikkan
    -Product pun kena update--if firewall /web application firewall/ips-ids kena pasang...
    Dan yg ptg mindset kena creative.

    ReplyDelete
  3. Apa khabar?"Page" ini sangat berinfomatif. Tetapi saya ingin bertanya mengenai jawatan Juruteknik Komputer FT17 ini, apakah soalan-soalan yang bakal ditanya oleh pegawai SPA? Ini kerana saya terpilih untuk menghaidiri temuduga untuk jawatan tersebut.

    ReplyDelete