Friday, 2 November 2012

PERSATUAN JURUTEKNIK KOMPUTER NEGERI SELANGOR telah BERJAYA DIDAFTARKAN

Shah Alam, 8/10 - Setelah satu perjumpaan dan mesyuarat kecil AJK pelaksa merangkap majlis tertinggi AJK penaja bg Komuniti Juruteknik Komputer Negeri Selangor diadakan di Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor, persatuan ini telah berjaya didaftarkan (secara online) dan mendapat kelulusan daripada ROS, terima kasih kepada Setiausaha sementara yang baru En. Mahathir kerana membantu dalam proses pendaftaran ini.
Walaubagaimanapun, satu mesyuarat agung tahunan (AGM) akan diadakan dalam pada masa yang terdekat sebelum habisnya penghujung tahun 2012 ini bagi pindaan dan susun atur misi dan visi persatuan yang lebih jitu.
Diharapkan agar semua warga Juruteknik Komputer Selangor khususnya untuk turut sama di dalam mesyuarat tersebut, malah Persatuan yg berdaftar yg lain pun turut dialu-alukan di dalam mesyuarat tersebut bg menyumbangkan dan membantu FTSEL untuk terus maju ke hadapan.

No comments:

Post a Comment